Monday, January 24, 2011

KEYCHAIN -bab 3-


Fifi termenung sebentar.memandangkan hari pun sudah mulai lewat dan keadaan pula makin menjadi-jadi lebatnya hujan,lebih baik dia singgah di rumah fazu.tambahan pula fazu merupakan rakan karibnya sejak awal sekolah menengah lagi.
“tak apa ke?macam menyusahkan mak kau pula.”fifi agak keberatan.fazu tersengih sambil menyapu-nyapu bajunya.”kau neh…macam baru kenal je mak aku.kan kita dah lama kenal.”fazu tersengih.fifi hanya mengangguk setuju.fazu seakan faham dengan gaya yang dilakarkan tubuh fifi itu.lalu,melangkah berlari menuju ke arah rumahnya.fifi pula pantas mengekori fazu.
Kebasahan mereka ditimbun hujan yang lebat.tanpa pedulikan keadaan diri dan sekeliling,terus melangkah deras tidak menghiraukan lecak dan lopak air di tanah.”laju lagi fifi!!berat perut ke?!!haha…”fazu mengusik fifi sambil berlari ke hadapan meninggalkan fifi.
“kau laju sangatla….”fifi merungut. “lambat macam siput..”fazu menambah berang fifi.
“ceh…tak guna..”berang fifi.
Tanpa mereka sedari,telahpun jejak ke halaman rumah fazu.ibunya pula telah bersedia menunggu di garaj rumah dengan hati yang risau. “Ya Allah…..kesian budak-budak ni…berlari dalam hujan…”ibu fazu terus meluru ke arah mereka.
“mak cik..apa khabar…”fifi sempat bertegur sapa. “baik saja…alahai kesiannya korang.hm..jom masuk cepat.terus mandi.kamu fazu,pergi duduk depan kipas.biar fifi yang mandi dulu..”arah ibunya.tanpa banyak soalan,mereka terus melakukan apa yang disuruh.
“kenapa tak naik bas je..”Tanya ibunya. “hehe…tak sempatla ibu..”sengih fazu sambil mengeringkan rambutnya. “ni ha…fifi ni,mak dia tau ke,dia ada kat sini?”hairan ibunya.
“tak la kot…mana la sempat nak bagitahu.”jawab ringkas fazu. “hm..takpa lah,nanti ibu telefon ibu dia.”ujar ibunya lalu bangun keluar dari bilik.
“huh….gilalah.hujan cam hape neh.sejuk gila.”merungut fazu keseorangan sambil bersandar.
“oit..”fifi tiba-tiba memanggil dari arah luar biliknya. “apa?”fazu ringkas menyahut tanpa bangun dari kerusinya.hanya menoleh sedikit memandang fifi.
“aku nak pergi mandi ni.tapi…..”fifi memuncung bibirnya.
“apa nya…?”fazu seolah malas mahu melayan.
“aku tak ada baju nak pakai nanti….”fifi membalas. “tak yah pakai pape..haha”fazu cuba bergurau.
“amboi….sukanya kau kan….”fifi merenung malas.
“hehe…pakai jela baju aku.alah,badan aku ngan kau,lebih kurang je..”arah fazu tersenyum.
“eee…..tak maulah.dah la kau lelaki.entah2 ada kurap….”fifi sengaja mengenakan fazu.
“kambing betul.tak nak pakai sudah..”fazu membalas sinis.
“eh..fifi.kenapa tak mandi lagi ni?”tegur ibu fazu yang dating dari arah belakang. “eh..mak cik..em…saya tak ada baju salinan la..”jawab fifi tersipu-sipu.
“oh..pakaila baju makcik yang lama-lama.dulu masa badan maintain lagi…hehe.muat kot.”ibu fazu cuba bergurau.
“oh..boleh la..hee”senyum manis si fifi.lalu pergi mencapai tuala mandi yang disediakan ibu fazu dan terus ke bilik air.
“em..ibu da cakap kat mak dia tadi.memandangkan besok da mula cuti hujung minggu,jadi mak dia tak kisah fifi duduk sini kejap.kalau macam ni,mak hantar dia malam karang la.okeh tak?”ujar panjang lebar ibunya.
“boleh jugak..”jawab fazu ringkas.matanya tak tertahan lagi.menggosok-gosok sambil bersandar malas. “haa…mulala tu.nak tidur.pergi mandi dulu..solat..baru tidur…”berleter ibunya.
“baik ibu…..”fazu akur lalu bangun.
Sejak ayahnya meninggal 4 tahun lalu,hidupnya kini hanyalah bergantung pada kasih sayang ibunya sahaja.pada usia semuda 13 tahun,dia perlu menempuh hidup tanpa kasih sayang seorang ayah,dan hanya bergantung hidup pada ibunya sahaja yang bekerja sebagai kerani di sebuah kilang.hanya memiliki seorang ibu dan tanpa adik beradik,dia sedar dia perlu bangkit dari kesedihan dan kekalutan.apatah lagi dia hanyalah seorang remaja yang tidak mampu berdiri sendiri.tetapi dia bersyukur kerana dia mampu menempuh segalanya hanya dengan bantuan ibu dan pertolongan dari Ilahi.

Sunday, January 23, 2011

KEYCHAIN -bab 2-

dengan wajahnya yang muram,fifi terus mendagu memandang ke luar kelas.fazu seolah-olah mengerti perasaan rakan baiknya itu,terus berdiam diri dan mengeluh."well...hm..ini pasal budak lelaki tu lagi ke.."fazu memberanikan diri untuk berkata.fifi hanya mengangguk lemah.
"aku bukan nak cakap ape..kau ni lawa..sumpah.kau cantik..memang menarik.so...."kata-kata fazu disampuk.
"so ape??"fifi merenung mata fazu.fazu tersentak sebentar.

"betul cakap fazu tu.."fatimah pula menyampuk.kedua-dua mereka memandang tepat ke wajah rakan baik mereka."fifi....janganlah macam ni..kau tu perempuan yang bagi aku,hampir sempurna....so...janganla terkejar-kejar kat lelaki...aku rasa..cam......"fatimah tak sanggup meluahkan kata-katanya lagi.
"macam apa?macam tak tau malu..?"fifi agak keberangan."tau takpe..opps.."fazu terlepas cakap.
"huh.."fifi bingkas bangun lalu melangkah pergi mengambil beg nya keluar kelas.kebetulan loceng akhir sesi petang berbunyi."alamak......"fazu menggaru kepalanya."kau neh...."fatimah mencuit bahu fazu lalu menarik tangannya bangun untuk mengejar fifi.

"sumpah...aku tak sengaja tadi..."fazu mengaru-garu kepalanya yang tak gatal tu."dah2...jom kejar dia."balas fatimah.

kelihatan fifi berdiri di tepi tembok pagar sekolah sambil memeluk tubuhnya dengan wajah yang agak bengang."huh..aku tak tau malu ek..ok..."mencebik fifi.
"assalamualaikum...ada orang merajuk ke...."suara muncul dari arah belakangnya.
fifi hanya memandang ke arah luar sekolah.hatinya sudah mengagak tuan empunya suara itu.
lantas tidak menoleh kebelakang."maaf ....aku tak sengaja...aku tak habis cakap tadi la..."fazu tersengih.

"yela tu.."merungut fifi.fatimah hanya tersengih berdiri di tepi mereka.seolah-olah kejadian pujuk memujuk ini
sudah beberapa kali entah terjadi.telatah kawan-kawan baiknya ini seringkali trjadi begini."fazu ni...selalu terlepas cakap..hei...."geleng fatimah tersenyum."sumpah...aku tak habis cakap lagi sebenarnya...aku nak cakap...kau ni memang tak tau malu nak berkongsi cerita....haa"fazu tersenyum.seolah-olah kali ini,fifi tak akan marah."ha?!"fifi lagi bertambah marah."haish...dah la fazu.makin kau cakap,makin banyak salah.."berang fatimah.

"hm..fifi...maaflah..kitorang tak sengaja.lain kali tak buat lagi ok??"fatimah menambah ringkas.namun kelihatan fifi tidak memberi respon."oi..oi.."fazu mencucuk tangan fifi."la......"fatimah tersenyum setelah melihat fifi termenung memandang jejaka idamannya berlalu keluar dari kelas.

"aish....dia neh.."fazu terduduk berang."uih..hohoho....."fifi tersenyum sambil memegang pipinya.
"......."fatimah dan fazu tercengang."eh...hee...kauorang cakap apa tadi??eheh..."fifi melakar wajah yang comel.kedua-dua mereka bermuka kelat lalu menoleh dan melangkah pergi.
"aaahh.....sorry...sorry...aku tak dengar korang cakap tadi...uuuuuuu..."fifi memuncung bibirnya.
"dah..tak payah...lupakan je pasal lafaz maaf dari kitorang tadi.."fazu berdrama.
"aloo....."fifi memegang hujung lengan baju fazu,seperti tidak mahu fazu pergi."tau pun takut..."fatimah pula mencelah."hee...maaf ye.."terukir lagi wajahnya yang manis memandang fazu dan fatimah.
mereka hanya tersenyum melihat telatah fifi,"jomlah...kita pergi kat sungai.."ajak fazu sambil memulakan langkah meninggalkan mereka berdua kebelakang sedikit.

sedikit-sedikit jernihan air menitis ke bumi.langit pula menunjukkan wajahnya yang suram,memulakan hari petang yang redup.tatkala kenderaan manusia melintas menghadiri di jalan-jalan raya,serangga-serangga pula sibuk bersahutan memanggil hujan di langit.berdentum kuat dan kadangkala rendah nada suara guruh di langit.
beberapa langkah sahaja berjalan,hujan langit mulai menangis dengan lebatnya...mencurah ke bumi yang kering sejak 3 hari sebelumnya.
kelihatan berrlari-lari pelajar yang ingin pulang,mencari tempat untuk berteduh.

"hujan la pulak.....camne neh??"keluh fazu yang berteduh di bawah pohon yang rimbun.
"hm...ala....ayah aku dah datang la pula..."fatimah menambah keluh fifi dan fazu.
"tak boleh tumpang ke?"soal fazu."ayah aku naik kereta kancil je.barang banyak dalam kereta.tak muat..maaf kawan-kawan...."fatimah kesal."takpe...hehe"fazu tidak menaruh harapan.
"hm..ok..maaf tau..papai..."fatimah berlari meninggalkan sahabat baiknya menuju ke kereta ayahnya.agak terkilan kerana tak dapat menolong rakannya itu.

"hm...camne skang??"soal fazu ringkas."entah....huu.."fifi kesejukan.
semakin lama,semakin sedikit pelajar yang tinggal..sehinggalah tinggal mereka berdua sahaja.
"hari dah makin lewat ni.berbanding rumah aku...rumah kau lagi jauh kot.."ujar fazu.
"em?maksud kau??"hairan fifi.
"camnilah...hujan pun tak berhenti-henti lagi ni.kita lari...lepas tu,kau terus singgah rumah aku.nanti aku suruh mak aku hantar kau balik..ok??"cadang fazu.

Saturday, January 22, 2011

KEYCHAIN -bab 1-


''Fifi…..termenung je kerja kau ni,,”sapa sepupunya bernama intan.fifi serta merta terkejut dari lamunannya.suasana riuh di kantin sekolah kembali kedengaran di telinganya.”wei..jangan buat macam tu lagi boleh tak..”berang fifi yang berkulit gebu serta berpenampilan menarik ini.”masalahnya,,,aku dok syok bercerita kat kau tadi…kau pula boleh termenung jauh pandang kat pokok tu.mana taknya aku sergah kau.”balas intan ternyata mereka berdua bersekolah di tempat yang sama.kelihatan tag nama di dada baju masing-masing menunjukkan mereka sudah berada di alam tahun akhir sekolah menengah."camnilah...jom balik kelas sekarang.loceng pun dah nak bunyik ni."intan terhenti sebentar percakapnnya setelah melihat fifi sekali lagi mengelamun.
ditenungnya kali ni untuk melihat arah tempat sepupunya itu melihat.tersengih panjang terukir di wajah intan sebaik sahaj melihat seorang jejaka agak tampan berdiri jauh di tepi kantin."patutla asyik mengelamun je.seronok 'usha' jantan rupanya.....haha"tegur intan.
"eh...mana adela....err..'' merah padam wajah fifi sambil menoleh ke arah meja nya.lalu berpura-pura mengambil minuman."dahla...aku tau.kau memang dah lama 'usha' budak laki tu kan??walawey......mesti budak tu ade sesuatu yang menarik perhatian kau kan??"sengih intan.
"dah la..jom balik kelas..."fifi tak mengendahkan intan lalu bingkas bangun dan berlalu pergi."ceh,,malu2 tenuk pula..."merungut intan sambil mengekori fifi.
suasana di dalam kelas agak bingit dek kebisingan pelajar kelas.
"punyalah bising....peh..mentang2 la cikgu2 semua mesyuarat..."ujar fazu yang merupakan rakan lelaki yang paling rapat dengan fifi."biasala tu...eh,kau kenapa tak makan sekali ngan kitaorang tadi?"hairan fifi sambil membetulkan tudungnya.
"malaslah...aku nak buat kerja sikit tadi"jawab ringkas fazu."hmm...."fifi tiba2 kemuraman.

Thursday, January 6, 2011

novel

untuk masa terdekat neh...
novel aku dalam penulisan..
nanti aku da siap..
aku taip dalam blog neh..