Monday, January 24, 2011

KEYCHAIN -bab 3-


Fifi termenung sebentar.memandangkan hari pun sudah mulai lewat dan keadaan pula makin menjadi-jadi lebatnya hujan,lebih baik dia singgah di rumah fazu.tambahan pula fazu merupakan rakan karibnya sejak awal sekolah menengah lagi.
“tak apa ke?macam menyusahkan mak kau pula.”fifi agak keberatan.fazu tersengih sambil menyapu-nyapu bajunya.”kau neh…macam baru kenal je mak aku.kan kita dah lama kenal.”fazu tersengih.fifi hanya mengangguk setuju.fazu seakan faham dengan gaya yang dilakarkan tubuh fifi itu.lalu,melangkah berlari menuju ke arah rumahnya.fifi pula pantas mengekori fazu.
Kebasahan mereka ditimbun hujan yang lebat.tanpa pedulikan keadaan diri dan sekeliling,terus melangkah deras tidak menghiraukan lecak dan lopak air di tanah.”laju lagi fifi!!berat perut ke?!!haha…”fazu mengusik fifi sambil berlari ke hadapan meninggalkan fifi.
“kau laju sangatla….”fifi merungut. “lambat macam siput..”fazu menambah berang fifi.
“ceh…tak guna..”berang fifi.
Tanpa mereka sedari,telahpun jejak ke halaman rumah fazu.ibunya pula telah bersedia menunggu di garaj rumah dengan hati yang risau. “Ya Allah…..kesian budak-budak ni…berlari dalam hujan…”ibu fazu terus meluru ke arah mereka.
“mak cik..apa khabar…”fifi sempat bertegur sapa. “baik saja…alahai kesiannya korang.hm..jom masuk cepat.terus mandi.kamu fazu,pergi duduk depan kipas.biar fifi yang mandi dulu..”arah ibunya.tanpa banyak soalan,mereka terus melakukan apa yang disuruh.
“kenapa tak naik bas je..”Tanya ibunya. “hehe…tak sempatla ibu..”sengih fazu sambil mengeringkan rambutnya. “ni ha…fifi ni,mak dia tau ke,dia ada kat sini?”hairan ibunya.
“tak la kot…mana la sempat nak bagitahu.”jawab ringkas fazu. “hm..takpa lah,nanti ibu telefon ibu dia.”ujar ibunya lalu bangun keluar dari bilik.
“huh….gilalah.hujan cam hape neh.sejuk gila.”merungut fazu keseorangan sambil bersandar.
“oit..”fifi tiba-tiba memanggil dari arah luar biliknya. “apa?”fazu ringkas menyahut tanpa bangun dari kerusinya.hanya menoleh sedikit memandang fifi.
“aku nak pergi mandi ni.tapi…..”fifi memuncung bibirnya.
“apa nya…?”fazu seolah malas mahu melayan.
“aku tak ada baju nak pakai nanti….”fifi membalas. “tak yah pakai pape..haha”fazu cuba bergurau.
“amboi….sukanya kau kan….”fifi merenung malas.
“hehe…pakai jela baju aku.alah,badan aku ngan kau,lebih kurang je..”arah fazu tersenyum.
“eee…..tak maulah.dah la kau lelaki.entah2 ada kurap….”fifi sengaja mengenakan fazu.
“kambing betul.tak nak pakai sudah..”fazu membalas sinis.
“eh..fifi.kenapa tak mandi lagi ni?”tegur ibu fazu yang dating dari arah belakang. “eh..mak cik..em…saya tak ada baju salinan la..”jawab fifi tersipu-sipu.
“oh..pakaila baju makcik yang lama-lama.dulu masa badan maintain lagi…hehe.muat kot.”ibu fazu cuba bergurau.
“oh..boleh la..hee”senyum manis si fifi.lalu pergi mencapai tuala mandi yang disediakan ibu fazu dan terus ke bilik air.
“em..ibu da cakap kat mak dia tadi.memandangkan besok da mula cuti hujung minggu,jadi mak dia tak kisah fifi duduk sini kejap.kalau macam ni,mak hantar dia malam karang la.okeh tak?”ujar panjang lebar ibunya.
“boleh jugak..”jawab fazu ringkas.matanya tak tertahan lagi.menggosok-gosok sambil bersandar malas. “haa…mulala tu.nak tidur.pergi mandi dulu..solat..baru tidur…”berleter ibunya.
“baik ibu…..”fazu akur lalu bangun.
Sejak ayahnya meninggal 4 tahun lalu,hidupnya kini hanyalah bergantung pada kasih sayang ibunya sahaja.pada usia semuda 13 tahun,dia perlu menempuh hidup tanpa kasih sayang seorang ayah,dan hanya bergantung hidup pada ibunya sahaja yang bekerja sebagai kerani di sebuah kilang.hanya memiliki seorang ibu dan tanpa adik beradik,dia sedar dia perlu bangkit dari kesedihan dan kekalutan.apatah lagi dia hanyalah seorang remaja yang tidak mampu berdiri sendiri.tetapi dia bersyukur kerana dia mampu menempuh segalanya hanya dengan bantuan ibu dan pertolongan dari Ilahi.

No comments:

Post a Comment